Sabda Nabi Allah Khidir Mengenai Dirinya

Bahasa Malaysia  〉  English

Datang tiada bunyi
Pergi tiada bunyi
Datang tiada bayang
Pergi tiada bayang

Saya ketawa kepada manusia
Mengapa hendak tahu saya datang dari mana?
Saya mula turun ke bumi di zaman hijau
Sehingga sekarang di zaman putih
Sekarang telah sampai masanya
Saya membawa anak-anak kembali ke Arasy
Sesiapa yang tidak diberikan rahsia tunggulah pusingan

Saya sampai ke bumi 25 saat kelajuan kilat
Saya belum ada nama
Nama yang ada manusia yang memberinya

Saya mempunyai 32 rupa
Sesiapa yang berkesedaran tinggi akan mengetahui
Yang tiada berkesedaran tinggi tidak akan mengetahuinya
Saya pernah kena bunuh

Kebiasaannya saya berada di tengah Asia
Sekarang ada dua orang yang paling hampir dengan saya
Dua orang ini adalah matahari bulan
Sekarang saya menunggu satu bintang

Amalan yang paling baik untuk manusia sekarang ialah hormat kepada ibu bapa
Jika manusia tidak hormat kepada ibu bapa, dia seperti tinggal di tempat yang tiada matahari bulan
Ayat-ayat yang selama ini saya sampaikan, hendaklah dibaca dan dipelajari supaya mendapat kesedaran tinggi
Sesiapa yang rajin membaca dan mempelajari ayat-ayat yang saya sampaikan itu maksudnya ia ingat kepada saya

Alhamdulillah  Alhamdulillah  Alhamdulilah

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close