Pengenalan Jalan Ketuhanan

Bahasa Malaysia  〉  English

Jalan Ketuhanan ini adalah untuk seluruh dunia sebab Jalan Ketuhanan bukan khusus untuk sesuatu kaum tertentu sahaja. Jalan Ketuhanan adalah kesedaran rendah dan kesedaran tinggi, ia kepunyaan bersama dengan angkasa lepas bukan hanya dunia ini sahaja. Ajaran Jalan Ketuhanan penuh di setiap sudut angkasa lepas dan cahaya Jalan Ketuhanan menyuluh di setiap sudut di angkasa lepas.

Asas ajaran Jalan Ketuhanan mempunyai satu prinsip iaitu sedar kepada angkasa lepas dan kehidupan manusia. Sedar kepada satu teori aturan yang disebabkan oleh berbagai perhubungan.

Beramal Jalan Ketuhanan tidak mewajibkan pengikutnya makan sayur, ianya digalakkan di dalam Jalan Ketuhanan, ianya tidak memaksa mesti makan sayur. Makan sayur adalah salah satu keistimewaan Jalan Ketuhanan sebab Jalan Ketuhanan kasihan kepada semua makhluk dan tidak membunuhnya.

Beramal Jalan Ketuhanan tidak perlu keluar rumah kerana Jalan Ketuhanan bertujuan mencari bagaimana cara hidup dan mati. Jika meninggalkan rumah tanpa apa cara yang sesuai kita tidak akan mendapat apa-apa ilmu yang benar, dengan mengamalkan Jalan Ketuhanan yang benar di rumah sekurangnya apabila ia meninggal dunia di rumah rohnya akan sampai ke syurga.

Di dalam Jalan Ketuhanan pengamalnya tiada apa-apa pangkat. Semua manusia ada hak untuk beramal Jalan Ketuhanan dan semua dapat sampai ke taraf mereka sendiri.

Jalan Ketuhanan meyakini kepada sesuatu kuasa pengampunan. Melainkan ia membunuh makhluk bernyawa, mencuri, berzina dan bercakap bohong mereka akan mendapat bala. Selain dari itu boleh ikut cara Jalan Ketuhanan minta ampun iaitu sedar kepada kesalahan dan memberi diri amaran yang keras tidak melakukannya lagi, ia akan dapat satu kuasa ketenangan dari keampunan itu.

Jalan Ketuhanan mempercayai adanya Syurga dan Neraka. Sebab Syurga dan Neraka adalah pusingan antara hidup dan mati. Di dalam Jalan Ketuhanan tingkat langit ada enam lapis yang hampir dengan bumi. Di atas langit keenam dipanggil langit ketujuh, di dalam langit ketujuh ini ada lapan belas lapisan langit. Di atas langit ketujuh ialah langit yang tiada warna (lutsinar) di langit ini ada empat lapisan langit.

Manusia yang baik hati dan banyak membuat hal-hal baik paling tinggi ia boleh sampai ialah langit keenam. Langit ketujuh adalah untuk mereka yang benar-benar beramal dengan agama yang benar. Di atas langit ketujuh ini ialah tempat asal manusia iaitu Arasy, disini barulah tiada lagi pusingan. Neraka ada yang besar dan kecil tidak terkira. Tiga neraka yang terbesar dapat diasingkan :

  1. Neraka yang ada tapak, iaitu untuk orang yang melakukan dosa yang tidak terlalu berat
  2. Neraka yang berapi (panas)
  3. Neraka yang sejuk seperti salji

Tiga neraka tersebut untuk orang-orang yang di timbang dosanya dan akan ditempatkan di salah satu darinya.

Jalan Ketuhanan mempercayai kepada mendoakan atau fidiyah kepada orang lain boleh sampai kepada yang ditujukan, ini terpulang kepada mereka yang beramal Jalan Ketuhanan hubungannya dengan Nabi, hampirnya setakat mana.

Seseorang yang beramal Jalan Ketuhanan sampai mendapat ilmu hidup dan mati dan diri sendiri tahu mengatur dirinya hidup dan mati. Selain daripada itu, ia dikawal oleh pusingan. Jalan Ketuhanan ada enam pusingan, iaitu :

  1. Jalan Ketuhanan
  2. Jalan Manusia
  3. Jalan Wali
  4. Jalan Binatang (berkaki empat)
  5. Jalan Hantu
  6. Jalan Neraka

Jalan Ketuhanan tidak mempercayai kepada satu Roh yang kekal abadi, mempercayai bahawa roh kekal abadi bukan amalan orang di Jalan Ketuhanan.

Manusia beranggapan roh ini sebagai satu jambatan antara hidup dan mati. Ia menganggap roh tidak berubah yang berubah ialah jasad. Jalan Ketuhanan tidak menerima teori seperti ini, segala makhluk bernyawa dan benda-benda ia berada di dalam kelahiran dan kehancuran. Jalan Ketuhanan tidak mementingkan kepada roh kekal abadi akan tetapi ia yakin kepada kebaikan amalan akhlak yang mulia. Setiap benda dilihat dari Jalan Ketuhanan semuanya di dalam Aturan. Perasaan dan perbuatan manusia pun di dalam aturan jua.

Jalan Ketuhanan mempercayai kepada dosa dan pahala, keyakinan kepada dosa dan pahala ini umpama bila makan perut kenyang. Membuat baik atau buruk waktu hidup ini tidak semestinya rahmat dan bala itu datang sewaktu hidup ini, rahmat dan bala yang diterima dalam hidup ini adalah dari hidup yang lepas, jika manusia hendak mengetahui rahmat dan bala di kehidupan akan datang lihatlah apa yang dibuat dalam hidup sekarang. Jika sedar kepada teori ini maka tidak akan mengatakan rahmat dan bala itu datangnya tidak adil. Teori dosa dan pahala memang tidak lari dari rezeki, sebab kehidupan dahulu dan rahmat sekarang ditengahnya bercampur dengan rezeki.

Seseorang yang betul-betul beramal Jalan Ketuhanan memang tidak berharap untuk masuk ke Syurga sebagai tujuannnya. Sebab selain daripada Nabi, sekalian makhluk lain perlu menempuh peringkat hidup dan mati. Akan tetapi pengamal Jalan Ketuhanan jika tidak berharap kembali ke Arasy, memang tidak dapat mengelak dari melalui pusingan kehidupan. Adapun pengamal Jalan Ketuhanan memang berharap lahir semula kedunia untuk memberitahu kepada manusia supaya mengikut Jalan Ketuhanan.

* Petikan Kitab Jalan Ketuhanan, Bab 28 Bintang.

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close