Kitab Kesedaran Yang Mulia

KULIT BUKU

Pengenalan

Kesedaran Yang Mulia ini adalah sebuah kitab ilmu Jalan Ketuhanan yang terdiri daripada ayat-ayat Pendidikan Akhlak Yang Mulia bertujuan untuk membetulkan pandanganingatan dan kata-kata.

Intisari maksudnya ialah supaya tidak salahbenar dan tenang. Maksud tidak salah ialah sedar supaya tidak salah, benar bermaksud tidak salah dan tenang ialah tidak terpengaruh.

Tiga frasa inilah tujuan sebenar Jalan Ketuhanan. Beramal Jalan Ketuhanan terdapat tiga peningkatannya iaitu manusia bergaul sesama manusiadapat mengikut sebenar-benarnya kata-kata Nabi dan hati yang suci kembali ke tanah yang suci.

Adapun ayat-ayat dari Kitab Kesedaran Yang Mulia ini telah disampaikan oleh Nabi Allah Khidirkepada seseorang yang paling hampir dengannya.

Segala ilmu yang terdapat di dalam Jalan Ketuhanan ini adalah untuk seluruh umat manusia di dunia initidak khusus untuk satu-satu kaum tertentu. Ia meliputi angkasa lepas dan kehidupan manusia yang sebenarnya. Kehidupan manusia itu adalah diri kita sendiri manakala angkasa lepas pula ialah kehidupan di sekeliling kita. Jalan Ketuhanan tiada hukum, ia dikatakan sebagai syarat iaitu syarat yang logik seperti jangan membunuh makhluk bernyawa, jangan mencuri dan merompak, jangan mempermainkan perempuan, jangan bercakap hal-hal yang tidak baik dan jangan minum arak kecuali sebagai ubat.

Ilmu Jalan Ketuhanan ke mana pun sama dan selamanya ia tetap sama. Ia penuh dengan kebijaksanaan, penuh dengan kebaikan hati dan suasana yang tidak sejuk dan tidak panas. Manusia yang mempunyai Kesedaran Tinggi adalah bertaraf Nabi dan manusia yang berkesedaran rendah adalah bertaraf manusia biasa. Pengamal Jalan Ketuhanan digalakkan makan sayur tetapi bukan diwajibkan dan makan sayur adalah salah satu keistimewaan jalan ini kerana kasihan kepada makhluk dan tidak membunuhnya.


Kitab ini telah diterbitkan di dalam bentuk ebook (epub), sila dapatkan di kedai buku maya yang berikut :

googleplay ibookstore2

Versi terjemahan Bahasa Inggeris :

amazon

googleplay

ibookstore2

 

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close