Ayat-Ayat dari Kitab Kesedaran Yang Mulia

Bahasa Malaysia  〉  English

Kitab Kesedaran Yang Mulia mengandungi 276 tajuk, antara tajuk-tajuk yang terkandung di dalamnya adalah :


001 : BERUSAHA DAN AMALKAN MENJADI PERANGAI NABI

Di dalam batu ada api jika tidak diketuk batu itu ia tidak akan mengeluarkan api. Di dalam hati manusia ada perangai Nabi jikalau tidak diamalkan nescaya tidak akan dapat berperangai seperti Nabi.

Pada zaman dahulu manusia menggunakan batu untuk menghasilkan api bagi tujuan memasak dan memanaskan badan. Jika batu tidak diketuk maka tiadalah api pada zaman itu. Semua manusia mempunyai peluang untuk berperangai seperti Nabi syaratnya hendaklah beramal dengan betul dan bersungguh-sungguh.

Pada masa ini semua pekerjaan dan juga ujian di sekolah amat sukar dilakukan. Kesusahan dan kesulitan hendaklah benar-benar dirasai barulah seseorang itu beroleh kejayaan, samalah seperti batu yang berlumut berjaya dibersihkan. Semua manusia tak boleh mengubah perangainya secara serta-merta. Berbeza dengan perangai Nabi yang semula jadi di mana hatinya sentiasa gembira tanpa paksaan. Dalam kehidupan setiap manusia pasti merasai ujian bezanya sama ada cepat atau lambat sahaja.

Buah tembikai rasanya manis dan sedap begitu juga hasilnya banyak atau sebaliknya adalah bergantung pada benihnya sewaktu ditanam. Bagi manusia yang tak pernah merasa susah apabila kesusahan datang mereka akan kelam kabut. Dari itu hendaklah anggap kesusahan memang telah sedia ada pada setiap diri barulah memperolehi hati yang tenang dan gembira ketika menghadapi permasalahan tersebut.


138 : PERASAAN YANG SEIMBANG

Sewaktu orang menagih hutangnya jika dijawab oleh orang yang berhutang, “Saya tak pernah pinjam duit awak” dan dia terus berlalu menunjukkan orang itu mempunyai sifat kemanusiaan yang rendah.

Jalan Ketuhanan sentiasa mengajar kita mendapatkan peluang pendidikan dalam kehidupan yang menggunakan fikiran dan benda-benda. Membelanja kawan-kawan makan adalah satu perkara biasa tetapi ada pula kes apabila orang belanja, dia makan lebih daripada biasa. Apabila tiba gilirannya pula belanja orang makan, dia jadi kedekut hingga orang yang makan itu tidak kenyang. Dari segi benda-benda dan teori hati orang yang mula-mula belanja itu ialah orang yang berhutang. Orang yang kedua adalah orang yang memberi pinjam. Yang memberi pinjam itu merasa dirinya tinggi manakala orang yang menerima merasa dirinya rendah. Jika mahu menseimbangkan kedua-dua pihak ini agar tidak timbul hal yang tidak menggembirakan kedua-dua pihak. Hendaklah ada hubungan di antara sesama agar ia jadi seimbang.

Hal di atas tadi maksudnya ialah meminjam atau berhutang dengan kawan-kawan. Jika pihak yang berhutang belum membayar balik dia akan dianggap oleh orang yang memberi pinjam itu sebagai kumpulan yang tidak berduit. Jadi berhutang dan memberi hutang ini mahulah dibuat secara jelas, misalnya dicatat butir-butirannya. Hendaklah dengan hati yang tenang menseimbangkan antara peminjam dengan pemberi pinjaman barulah kembali dengan hati yang tenang.


276 : CARILAH SEBENAR-BENAR DIRI SENDIRI

Ketika musim bunga semua bunga-bunga berkembang, di musim panas terasa angin yang bertiup menyejukkan. Musim luruh pokok-pokok yang tidak berdaun kelihatan bayang-bayangnya di dalam air dan pada musim sejuk pula di mana-mana sahaja dipenuhi salji.

Jika hati dengan Jalan Ketuhanan diperolehi nescaya keempat-empat musim itu tidak dirasakan berbeza. Kejadian di langit dan di bumi semuanya adalah alam yang benar. Jika memperolehi petunjuk di Jalan Ketuhanan dan hidup dalam keadaan yang benar setiap hari buat kita adalah hari yang baik.

Hati yang rehat adalah hati yang mengira untuk kehancuran orang. Manusia sangat susah hendak membuang sifat hati ini. Akan tetapi jika dibuangkan pula sifat hati ini mereka tidak dapat hidup dalam keadaan yang ‘baik’.

Besi yang terdapat di mulut kuda itu adalah untuk mengawalnya. Ilmu mengawal kuda ini adalah untuk mencari makan. Di dalam kehidupan bertujuan untuk sampai ke peringkat yang lebih tinggi. Akan tetapi apabila telah sampai ke peringkat yang tertinggi sekali maka itu bukannya ilmu manusia lagi. Kemampuan manusia yang ada hadnya itu akan menjadi tiada maksud. Jika hendak memperoleh peringkat yang tertinggi sebenarnya usaha hanya sampai setakat kemampuan diri sahaja sungguh pun demikian ia sudah mencukupi. Semua benda yang berguna kerana ia masih boleh digunakan bukannya sebab ia di peringkat yang tertinggi. Alam dunia ini berkembang dengan suatu aturan. Jika dapat menganggap alam dunia ini tiada apa-apa benda serta dapat belajar daripada alam hidup seperti tiada diri maka inilah taraf yang paling tinggi yang sebenar-benarnya.

* sekiranya berminat, sila dapatkan keseluruhan kitab – klik di sini

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close