Masa Yang Ditetapkan Tuhan Telah Sampai

Bahasa Malaysia  〉  English

Masanya telah sampai

Masa yang ditetapkan Tuhan telah sampai iaitu ‘Akhir Zaman’ dan turunnya ‘Penyelamat Akhir Zaman’.

Terdapat 3 zaman dan setiap zaman itu dipimpin oleh tiga orang Nabi iaitu:

  1. Zaman Hijau diperintah oleh Nabi Adam, di dalamnya terdapat 2 billion manusia, memerintah selama 1,500 tahun dan di zamannya berlaku 9 kali malapetaka besar yang disebabkan oleh air.
  2. Zaman Merah diperintah oleh Nabi Sikarto, di dalam zamannya terdapat 2 billion manusia dan memerintah selama 3,000 tahun. Di zamannya berlaku 18 kali malapetaka besar yang disebabkan oleh api.
  3. Zaman Putih pula diperintah oleh Nabi Allah Khidir selama 10,800 tahun. Di dalam zamannya berlaku 81 kali malapetaka besar yang disebabkan oleh angin.

Apa yang dikatakan ‘Akhir Zaman’ sebenarnya adalah ‘berakhirnya Zaman Merah’ dan bermulanya satu zaman baru, iaitu ‘Zaman Putih’ dan bukannya bermaksud dunia ini akan kiamat.

Tuhan telah menurunkan 3 orangNabi Besar’ yang membawa agama, iaitu:

  1. Buddha dengan agama Buddha (Buddhist)
  2. Isa dengan agama Kristian, dan
  3. Muhammad s.a.w dengan agama Islam

Nabi akhir pada ‘Zaman Merah’ adalah ‘Nabi Muhammad’ maka benarlah tiada Nabi, Rasul dan Kitab setelah Nabi Muhammad pada zaman itu, berakhirnya Zaman Merah ialah pada tahun 1400H.

Sekarang kita berada di ‘Zaman Putih’ di antara 1400H hingga 1500H inilah masa yang ditunggu-tunggu semua penganut-penganut agama yang mereka katakan sebagai lahirnya wakil Buddha, menunggu kedatangan semula Messiah, Krishna dilahirkan semula, kembalinya semula Jesus, turunnya Imam Mahdi dan lain-lain sebenarnya hanyalah seorang sahaja iaitu ‘Penyelamat Akhir Zaman‘ hanya pada mereka diberikan nama atau panggilan yang berlainan.

Penyelamat Akhir Zaman telah diturunkan membawa ayat, ilmu dan rahsiaJALAN KETUHANAN’ untuk mengubah dunia dan perangai manusia ke satu zaman yang aman damai.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah…

* sambungan tentang ‘Penyelamat Akhir Zaman’ dan seruannya – klik di sini

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close