Kata Nabi Allah Khidir @ Melchizedek @ Holy Spirit Berkenaan ‘Penyelamat Akhir Zaman’

Bahasa Malaysia  〉  English

Penyelamat Akhir Zaman menyeru manusia diseluruh dunia bersatu padu menolong orang-orang miskin.

Negara-negara yang kaya hendaklah membantu negara-negara yang miskin dan membasmi kebuluran diseluruh dunia. Manusia perlu menerima satu prinsip iaitu harta yang didapati hendaklah dibahagi-bahagikan antara mereka, ini dapat mengelak dari berlakunya peperangan atau wujudnya tentera-tentera upahan. Manusia perlulah bersetuju kepada perkara tersebut.

Oleh itu manusia perlu mencari cara bagaimana hendak amankan dunia bermaksud perang dunia ketiga tidak akan berlaku.

Terdapat tiga cara untuk mengelak dari berlakunya perang dunia ketiga :

  1. Manusia perlu faham bahawa jika masih ada di mana-mana tempat di dunia ini yang masih mengalami kebuluran maka dunia ini tidak boleh dikatakan benar-benar aman.
  2. Segala hasil pemberian Tuhan seperti petroleum, emas dan lain-lain sepatutnya hendaklah dikongsi dengan negara lain.
  3. Bahan-bahan makanan, petrol hendaklah diagihkan ke tempat lain untuk mengelak dari kebuluran.

Penyelamat Akhir Zaman diberikan cara bagaimana hendak mengatasi masalah di dunia ini. Penyelamat Akhir Zaman bukannya mahu nama terkenal diseluruh dunia. Dia hanyalah seorang manusia biasa juga yang tiada apa-apa kelebihan. Hanya Tuhan memberinya petunjuk untuk menyelesaikan masalah manusia.

Setiap zaman ada Nabi bermula dari Banjaran Himalaya yang dipanggil Dalai Llama. Di India ada Krishna dan Buddha, di sebelah Barat ada Jesus (Isa) dan di Timur Tengah ada Muhammad. Kesemua mereka ini adalah Ketua-ketua Agama pada zaman mereka. Setiap kali lahirnya Ketua-Ketua Agama itu ada masanya yang telah ditetapkan oleh Tuhan untuk membawa manusia ke Jalan Yang Benar. Kesemua Ketua-Ketua Agama itu adalah Pesuruh Tuhan. Pada zaman ini Ketua Jalan Ketuhanan ialah Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi).

Penganut Agama Kristian menunggu kembalinya semula Jesus ke dunia. Penganut Agama Yahudi menunggu kedatangan semula Messiah. Penganut Agama Buddhist menunggu lahirnya wakil Buddha manakala penganut Agama Hindu menunggu Krishna dilahirkan semula. Yang sebenar benarnya orang yang mereka tunggu-tunggu itu hanyalah seorang sahaja iaitu Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi), hanya pada mereka diberikan nama atau panggilan yang berlainan. Kedatangan Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi) sudah terbukti kebenarannya. Tugas Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi) ialah membawa manusia ke Jalan Ketuhanan dan ke suatu zaman yang aman damai. Kedatangan Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi) bukannya menandakan dunia ini hendak kiamat, tetapi bermulanya satu zaman yang aman.

Pada setiap zaman atau setiap agama, Ketua-Ketua Agama mereka tidak faham maksud yang sebenarnya di dalam kitab-kitab mereka, jadi selalulah terjadi salah tafsir akan maksud sebenarnya. Perbezaan di antara Syurga dan Arasy pun manusia tidak faham apakah maksudnya, maka mereka pun mengagak-agak. Pada pendapat mereka Syurga dan Arasy itu suatu tempat yang tidak boleh sampai, hanya didengar oleh mereka khabarnya sahaja.

Sekarang telah sampailah masanya Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi) membawa Jalan Ketuhanan ke dunia ini dan akan bekerjasama dengan Ketua-Ketua Agama (Ulama) di dunia ini untuk membawa manusia ke Jalan Yang Benar iaitu Jalan Ketuhanan. Justeru itu manusia janganlah menganggap Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi) sebagai Tuhan pula, ikutilah cara-cara amalan yang diajarkannya setakat kemampuan sendiri.

Sebenarnya Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi) sendiri meminta supaya ia dilahirkan di dalam keadaan manusia biasa, tiada kuasa yang istimewa (mukjizat), supaya ia mudah bergaul dengan manusia. Di mana-mana pun diseluruh dunia ini, barangsiapa yang memohon didatangkan Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi) dia akan sampai dengan cepat. Jangan menganggap Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi) ini sebagai Ketua kepada sesuatu Agama atau Ketua Negara, apa yang Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi) mahukan ialah supaya manusia rajin bekerja sehingga fikiran mereka menjadi bijaksana, apa-apa yang diajarkan oleh Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi) adalah untuk manusia yang miskin ilmu pengetahuan.

Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi) ini sebenarnya hendak memberitahu kepada manusia bahawa dunia ini tidak akan kiamat disebabkan oleh perang dunia ketiga, sebaliknya dunia ini akan lebih aman. Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi) tidaklah hairan manusia tidak faham atau kenal Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi), samalah seperti penganut Agama Islam hari ini, mereka tidak kenal rupa Nabi Muhammad yang penting ialah ajarannya sahaja, apa-apa yang diajarkannya ikuti dan amalkannya.

Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi) ini membawa ‘Nur Tuhan’ seperti mana turunnya air hujan, terus masuk ke dalam hati manusia.

Dengan masa yang ditetapkan oleh Tuhan telah sampai maka Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi) diturunkan di dalam masyarakat biasa. Tuhan memberi petunjuk dan ilmu dengan cara ditulis, jika menggunakan percakapan sahaja orang akan salah anggap, barangsiapa yang ada rezeki menulisnya hendaklah dikaji maksudnya supaya ‘kenal diri’, Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi) yang ada sekarang ini ia memiliki satu Roh dari Arasy dimasukkan ke dalam tubuhnya, walaupun ia hidup didunia ini akan tetapi ia mempunyai satu alamnya yang tersendiri. Kata-katanya simpan di dalam hati dan ikutilah perbuatan Nabi-Nabi terdahulu, barulah boleh mendapat hasil satu menjadi sepuluh, sepuluh menjadi seratus, ratus menjadi ribu dan seterusnya.

Roh Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi) bebas di Arasy, sedangkan manusia hidup di dunia yang berhabuk ini. Masa yang ditetapkan oleh Tuhan iaitu 129,600 tahun telah pun sampai maka turunlah Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi) membawa Rahsia Jalan Ketuhanan ke dunia ini. Penyelamat Akhir Zaman (Imam Mahdi) dilahirkan dengan satu kuasa yang ajaib dan memberitahu kepada manusia akan Rahsia Jalan Ketuhanan.

* Petikan dari Kitab ‘Jalan Ketuhanan’, Bab ‘Ajaran Imam Mahdi’.

Bacaan lanjut, pengenalan ‘Jalan Ketuhanan’ – klik di sini

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close